Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
(a)
apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang ditentukan sebagai suatu pembekalan berkadar sifar oleh
Menteri di bawah subseksyen (4); dan
(b)
apa-apa pembekalan barang jika barang itu dieksport.
(2)
Jika orang kena cukai membekalkan barang atau perkhidmatan dan pembekalan itu adalah berkadar sifar, sama ada cukai akan dikenakan ke atas pembekalan selain seksyen ini atau tidak, tiada cukai boleh dikenakan ke atas pembekalan itu.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 31 6/19/14 5:54:31 PM
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 762
(3)
Pembekalan yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah, dalam apa-apa hal lain, dikira sebagai suatu pembekalan bercukai dan kadar yang cukai itu dikira sebagai dikenakan ke atas pembekalan itu hendaklah sifar peratus.
(4)
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam
Warta, menentukan apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan di Malaysia sebagai suatu pembekalan berkadar sifar.
(5)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4)
hendaklah, pada mesyuarat Dewan Rakyat yang berikutnya, dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan hendaklah, apabila habis tempoh satu ratus dua puluh hari dari tarikh perintah itu dibentangkan atau dari apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang diarahkan oleh Dewan Rakyat melalui ketetapan, terhenti berkuat kuasa jika dan setakat yang ia tidak disahkan oleh ketetapan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dalam tempoh satu ratus dua puluh hari tersebut atau, jika tempoh itu telah dilanjutkan, dalam apa-apa tempoh yang dilanjutkan itu.
(6)
Jika suatu perintah terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya yang diperuntukkan dalam subseksyen (5), apa-apa cukai yang telah dikenakan dan dilevikan menurut perintah itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi apa-apa bahagian perintah itu yang terhenti berkuat kuasa hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (7) dan (8), kena dibayar balik kepada orang yang membayar cukai itu.
(7)
Melainkan jika Menteri mengarahkan selainnya, tiada cukai yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (6) boleh dibayar balik, melainkan jika orang yang membayar cukai itu membuat tuntutan secara bertulis kepada Ketua Pengarah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu terhenti berkuat kuasa secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan tuntutan itu hendaklah mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang dikehendaki oleh
Ketua Pengarah.
(8)
Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau menolak apa-apa cukai yang kena dibayar balik di bawah subseksyen (6) setakat yang pembayaran balik itu akan secara tidak patut mengayakan orang yang membayar cukai itu.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 32 6/19/14 5:54:32 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 33
(9)
Jika apa-apa barang dikatakan telah atau hendak dieksport dan pembekalan barang itu ialah suatu pembekalan berkadar sifar, yang bukan barang berkadar sifar jika dibekalkan bagi kegunaan tempatan dan—
(a)
barang itu didapati di Malaysia selepas tarikh yang barang itu dikatakan telah atau hendak dieksport; dan
(b)
kewujudan barang itu di Malaysia selepas tarikh itu tidak diluluskan oleh Ketua Pengarah, cukai yang sepatutnya dikenakan ke atas pembekalan itu tetapi jika tidak kerana berkadaran sifar hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar serta-merta oleh pembekal atau oleh mana-mana orang yang dalam milikannya barang itu didapati di Malaysia dan barang itu boleh disita di bawah Akta ini.
Pembekalan dikecualikan