Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(2)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)
hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6), mana-mana orang yang tidak berdaftar yang membuat apa-apa pembekalan bercukai adalah bertanggungan untuk berdaftar—
(a)
pada akhir mana-mana bulan, jika jumlah nilai bagi semua pembekalan bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik sebelum bulan itu telah melebihi amaun pembekalan bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
(b)
pada akhir mana-mana bulan, jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa jumlah nilai bagi semua pembekalan bercukainya dalam bulan itu dan sebelas bulan sebaik selepas bulan itu akan melebihi amaun pembekalan bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
(4)
Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (6), jika apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh mana-mana orang kena cukai dipindahkan kepada orang yang lain sebagai usaha berterusan di bawah seksyen 68 dan penerima pindahan itu tidak berdaftar pada masa pemindahan itu, penerima pindahan itu adalah bertanggungan untuk berdaftar pada masa itu jika—
(a)
jumlah nilai bagi semua pembekalan bercukainya dalam tempoh dua belas bulan sebaik sebelum masa pemindahan itu telah melebihi amaun pembekalan bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen (1); atau
(b)
ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa jumlah nilai bagi semua pembekalan bercukainya dalam tempoh dua belas bulan yang bermula dari masa pemindahan itu akan melebihi amaun pembekalan bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen (1).
(5)
Dalam menentukan nilai pembekalan mana-mana orang bagi maksud perenggan (3)(a) dan (4)(a), apa-apa pembekalan yang dibuat pada masa dia berdaftar sebelumnya tidaklah boleh diambil kira jika—
(a)
pendaftarannya dibatalkan selain di bawah subseksyen 26(3);
dan
Akta 762 Teks 1 BM.indd 35 6/19/14 5:54:32 PM
Undang-Undang Malaysia 36
Akta 762
(b)
Ketua Pengarah berpuas hati bahawa sebelum pendaftarannya dibatalkan, dia telah memberikan segala maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah bagi tujuan untuk menentukan sama ada untuk membatalkan pendaftaran itu.
(6)
Dalam menentukan nilai pembekalan mana-mana orang bagi maksud subseksyen (3) dan (4), pembekalan yang berikut hendaklah dikecualikan:
(a)
pembekalan barang yang merupakan aset modal perniagaan yang dalam penjalanan urusan atau penerusannya barang itu dibekalkan atau akan dibekalkan;
(b)
pembekalan bagi perkhidmatan yang diimport;
(c)
pembekalan yang dibuat mengikut Skim Penggudangan di bawah seksyen 70;
(d)
pembekalan yang dibuat oleh seseorang yang tempatnya di suatu negara selain Malaysia atau seseorang penerima, mengikut Skim Pengilang Tol Diluluskan di bawah seksyen 72; atau
(e)
pembekalan yang dibuat di dalam atau di antara kawasan ditetapkan di bawah seksyen 155 kecuali jika pembekalan itu tertakluk kepada suatu perintah di bawah subseksyen 160(1).
Pemberitahuan tanggungan dan pendaftaran