Malaysia legislation

Section 21

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 21

Cukai Barang dan Perkhidmatan 35

(2)

Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan mana-mana orang yang memberitahu tanggungannya di bawah subseksyen

(1)

berkuat kuasa dari hari pertama bulan yang berikutnya yang jatuhnya dua puluh lapan hari itu atau dari apa-apa tarikh yang lebih awal sebagaimana yang dipersetujui antara Ketua Pengarah dengan orang itu tetapi tarikh itu tidak boleh lebih awal daripada tarikh yang orang itu menjadi bertanggungan untuk berdaftar.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 36 6/19/14 5:54:32 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 37

(3)

Seseorang yang bertanggungan untuk berdaftar di bawah subseksyen 20(4) hendaklah memberitahu Ketua Pengarah tentang tanggungan itu dengan memohon untuk didaftarkan dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh dua puluh lapan hari dari masa perniagaan itu dipindahkan.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkan mana-mana orang yang memberitahu tentang tanggungannya di bawah subseksyen (3) berkuat kuasa dari tarikh perniagaan itu dipindahkan.

(5)

Jika orang kena cukai tidak mematuhi subseksyen (1)

atau (3)—

(a)

Ketua Pengarah hendaklah mendaftarkannya pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak lebih awal daripada tarikh tanggungannya untuk berdaftar diketahui atau diberitahu kepada Ketua

Pengarah; dan

(b)

orang itu hendaklah bertanggungan untuk membayar suatu penalti pendaftaran lewat sebagaimana yang dikenakan oleh Ketua Pengarah dari tarikh dia sepatutnya didaftarkan sehingga tarikh serta-merta sebelum tarikh dia didaftarkan sedemikian dan selepas ini disebut sebagai tempoh pendaftaran lewat.

(6)

Penalti pendaftaran lewat dan tempoh pendaftaran lewat yang disebut dalam subseksyen (5) hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dan tertakluk kepada suatu amaun tidak kurang daripada satu ribu lima ratus ringgit bagi suatu tempoh dalam masa tiga puluh hari dan tidak melebihi suatu amaun dua puluh ribu ringgit bagi suatu tempoh melebihi tiga ratus enam puluh hari.

(7)

Sebutan mengenai pendaftaran dalam Bahagian ini ialah sebutan mengenai pendaftaran dalam suatu daftar yang disimpan oleh Ketua Pengarah dalam bentuk yang ditentukan olehnya bagi maksud Akta ini.

Pemberhentian tanggungan untuk berdaftar