Malaysia legislation

Section 22

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 22

(2)

Seseorang tidak berhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar menurut kuasa subseksyen (1) jika Ketua Pengarah berpuas hati bahawa alasan nilai bagi semua pembekalan bercukainya tidak akan melebihi amaun pembekalan bercukai yang ditentukan di bawah subseksyen 20(1) ialah bahawa dalam tempoh yang berkenaan dia akan berhenti daripada membuat pembekalan bercukai, atau akan berhenti sementara daripada membuat pembekalan bercukai bagi tempoh tiga puluh hari atau lebih.

(3)

Dalam menentukan nilai pembekalan mana-mana orang bagi maksud subseksyen (1), pembekalan yang berikut hendaklah dikecualikan:

(a)

pembekalan barang yang merupakan aset modal perniagaan yang dalam penjalanan urusan atau penerusannya barang itu dibekalkan atau akan dibekalkan;

(b)

pembekalan bagi perkhidmatan yang diimport;

(c)

pembekalan yang dibuat mengikut Skim Penggudangan di bawah seksyen 70;

(d)

pembekalan yang dibuat oleh seseorang yang tempatnya di suatu negara selain Malaysia atau seseorang penerima, mengikut Skim Pengilang Tol Diluluskan di bawah seksyen 72; atau

(e)

pembekalan yang dibuat di dalam atau di antara kawasan ditetapkan di bawah seksyen 155 kecuali jika pembekalan itu tertakluk kepada suatu perintah di bawah subseksyen 160(1).

Arahan untuk mengira orang sebagai orang kena cukai tunggal

Section 22 — GOODS AND SERVICES TAX ACT 2014 | mylaw.my