Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(a)
membuat pembekalan bercukai termasuk pembekalan bercukai yang tidak diambil kira di bawah Akta ini;
atau
(b)
berniat untuk membuat pembekalan bercukai,
Akta 762 Teks 1 BM.indd 41 6/19/14 5:54:32 PM
Undang-Undang Malaysia 42
Akta 762
dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaan itu, Ketua
Pengarah boleh, jika orang itu memohon dalam borang yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua Pengarah, mendaftarkan orang itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah dan orang itu hendaklah kekal berdaftar bagi tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun atau apa-apa tempoh lain yang lebih pendek.
(2)
Jika mana-mana orang yang tidak bertanggungan untuk berdaftar memuaskan hati Ketua Pengarah bahawa dia menjalankan suatu perniagaan dan dia—
(a)
membuat pembekalan di luar Malaysia yang akan menjadi suatu pembekalan bercukai jika dibuat di Malaysia;
atau
(b)
berniat untuk membuat pembekalan di luar Malaysia yang akan menjadi suatu pembekalan bercukai jika dibuat di
Malaysia, dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaan itu, dan dalam mana-mana yang berkenaan dia—
(A)
mempunyai suatu establismen perniagaan di Malaysia atau tempat tinggal biasanya ialah di Malaysia; dan
(B)
tidak membuat dan tidak berniat untuk membuat pembekalan bercukai di Malaysia,
Ketua Pengarah boleh, jika orang itu memohon dalam borang yang ditetapkan dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Ketua Pengarah, mendaftarkan orang itu dari apa-apa tarikh yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(3)
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran seseorang di bawah perenggan (1)(b) atau (2)(b) jika dia belum bermula untuk membuat suatu pembekalan mengikut tarikh yang diniatkan dalam permohonannya itu atau jika dia melanggar apa-apa syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1) atau (2).
(4)
Ketua Pengarah boleh menolak apa-apa permohonan bagi pendaftaran yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2)
sebagaimana yang difikirkannya patut.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 42 6/19/14 5:54:32 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 43
Pemberitahuan pemberhentian tanggungan atau pendaftaran secara sukarela