Malaysia legislation
Section 27
Seksyen 27
(2)
Anggota suatu kumpulan boleh memohon kepada Ketua
Pengarah dalam borang yang ditetapkan untuk dikira sebagai suatu kumpulan dan tiap-tiap anggota hendaklah, dalam permohonan itu, mencalonkan seorang anggota untuk menjadi anggota wakil mereka.
(3)
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, meluluskan atau menolak apa-apa permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2) dan apabila diluluskan, mengenakan syarat-syarat.
(4)
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, menolak untuk mendaftarkan anggota yang dinamakan oleh anggota-anggota kumpulan sebagai anggota wakil.
(5)
Pendaftaran suatu kumpulan hendaklah atas nama anggota wakil itu.
(6)
Jika syarikat telah dikira sebagai suatu kumpulan—
(a)
apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan oleh suatu anggota kumpulan kepada suatu anggota kumpulan yang lain tidaklah boleh diambil kira;
(b)
apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan oleh atau kepada suatu anggota kumpulan hendaklah dikira sebagai suatu pembekalan oleh atau kepada anggota wakil;
Akta 762 Teks 1 BM.indd 44 6/19/14 5:54:32 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 45
(c)
apa-apa perniagaan yang dijalankan oleh anggota kumpulan hendaklah dikira sebagai dijalankan oleh anggota wakil;
dan
(d)
apa-apa pengimportan barang atau pembekalan perkhidmatan yang diimport oleh mana-mana anggota hendaklah dikira sebagai diimport oleh anggota wakil dan apa-apa cukai yang dibayar atau genap masa dan kena dibayar oleh anggota kumpulan ke atas pengimpotan barang atau pembekalan perkhidmatan yang diimport itu hendaklah dikira sebagai dibayar atau genap masa dan kena dibayar oleh anggota wakil.
(7)
Semua anggota kumpulan hendaklah bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar oleh anggota wakil.
(8)
Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran sesuatu kumpulan atau menamatkan layanan sesuatu syarikat sebagai anggota suatu kumpulan sebagaimana yang difikirkannya patut.
Pendaftaran perkongsian