Malaysia legislation
Section 28
Seksyen 28
(a)
orang yang menjalankan perniagaan dalam suatu perkongsian hendaklah atas nama firma itu; dan
(b)
orang yang sama yang menjalankan perniagaan yang berasingan dalam suatu perkongsian boleh atas nama berasingan firma masing-masing.
(2)
Dalam menentukan sama ada barang atau perkhidmatan dibekalkan kepada atau oleh orang yang disebut dalam subseksyen (1), tidaklah boleh diambil kira apa-apa perubahan dalam perkongsian itu.
(3)
Mana-mana orang yang terhenti menjadi rakan kongsi dalam suatu perkongsian hendaklah—
(a)
memberitahu Ketua Pengarah secara bertulis berkenaan tarikh pemberhentian itu dalam tempoh tiga puluh hari daripada tarikh pemberhentian; dan
Akta 762 Teks 1 BM.indd 45 6/19/14 5:54:32 PM
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 762
(b)
membayar perkadaran tanggungan perkongsian ke atas apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan oleh perkongsian itu sehingga tarikh pemberhentian itu.
(4)
Jika mana-mana orang terhenti menjadi rakan kongsi dalam suatu perkongsian selama apa-apa tempoh bercukai atau dikira sebagai berbuat demikian menurut kuasa subseksyen (3), apa-apa notis, sama ada taksiran atau selainnya, yang disampaikan kepada perkongsian itu dan yang berhubung dengan tempoh bercukai itu atau apa-apa tempoh bercukai yang lain selama keseluruhan atau sebahagian yang dia menjadi rakan kongsi dalam perkongsian itu, hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan juga kepadanya.
(5)
Walau apa pun apa-apa undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa notis, sama ada taksiran atau selainnya, yang dialamatkan kepada suatu perkongsian mengikut nama yang dengannya perkongsian itu didaftarkan di bawah Akta ini, dan disampaikan mengikut Akta ini hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan dengan sepatutnya kepada perkongsian itu dan dengan demikian itu, jika subseksyen (4) terpakai, sebagai telah disampaikan dengan sepatutnya kepada mana-mana rakan kongsi yang terdahulu.
(6)
Subseksyen (1) dan (4) tidaklah boleh menjejaskan takat, di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain, seorang rakan kongsi bertanggungan bagi cukai yang terhutang oleh firma itu.
(7)
Jika seseorang ialah rakan kongsi dalam suatu firma semasa sebahagian sahaja suatu tempoh bercukai, tanggungannya bagi cukai ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan oleh firma itu semasa tempoh bercukai hendaklah menjadi perkadaran tanggungan firma sebagaimana yang patut.
(8)
Jika apa-apa notis dikehendaki supaya diberikan oleh suatu perkongsian di bawah Akta ini, adalah menjadi tanggungan semua rakan kongsi secara bersesama dan berasingan untuk memberikan notis itu, kecuali bahawa jika suatu notis diberikan oleh mana-mana satu rakan kongsi, ia hendaklah dianggap sebagai pematuhan yang mencukupi bagi kehendak itu.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 46 6/19/14 5:54:32 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 47
(9)
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (3)(a) atau (b)
melakukan suatu kesalahan.
(10)
Bagi maksud seksyen ini, suatu perkongsian tidak termasuk suatu perkongsian liabiliti terhad.
Pendaftaran pertubuhan atau organisasi yang serupa