Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(a)
wang kertas atau syiling sebelum ia menjadi sah diperlakukan di Malaysia atau di mana-mana negara lain; atau
(b)
item yang digemari pengumpul, artikel pelaburan atau item yang bernilai numismatik;
“cukai” ertinya cukai barang dan perkhidmatan;
“cukai input” ertinya—
(a)
cukai ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan kepada orang kena cukai; dan
(b)
cukai yang dibayar atau yang akan dibayar oleh orang kena cukai ke atas apa-apa pengimportan barang, dan barang atau perkhidmatan itu digunakan atau yang hendak digunakan bagi maksud apa-apa perniagaan yang dijalankan atau yang hendak dijalankan oleh orang kena cukai itu:
Dengan syarat bahawa jika barang atau perkhidmatan itu digunakan atau akan digunakan sebahagiannya bagi maksud apa-apa perniagaan yang dijalankan atau akan dijalankan oleh orang
Akta 762 Teks 1 BM.indd 14 6/19/14 5:54:30 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 15
kena cukai itu dan sebahagiannya bagi maksud lain, cukai ke atas pembekalan dan pengimportan hendaklah diagihkan supaya hanya sebanyak yang boleh dihubungkaitkan dengan maksud perniagaannya dikira sebagai cukai inputnya;
“cukai output” ertinya cukai ke atas apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh orang kena cukai dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaannya di
Malaysia;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“dokumen” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Keterangan 1950 [Akta 56];
“duti eksais” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Eksais 1976 [Akta 176];
“duti kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967 [Akta 235];
“elektronik” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 5 Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007 [Akta 680];
“import” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;
“invois” termasuklah apa-apa dokumen yang serupa dengan suatu invois;
“invois cukai” ertinya suatu invois yang dikehendaki supaya dikeluarkan oleh orang kena cukai di bawah seksyen 33;
“kawalan eksais” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Eksais 1976;
“kawalan kastam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Kastam 1967;
“kawasan ditetapkan” ertinya Labuan, Langkawi atau Tioman;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Kastam dan Eksais yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Kastam 1967;
Akta 762 Teks 1 BM.indd 15 6/19/14 5:54:30 PM
Undang-Undang Malaysia 16
Akta 762
“komputer” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Jenayah Komputer 1997 [Akta 563];
“Labuan” ertinya Pulau Labuan dan pulau takluknya, iaitu,
Rusukan Besar, Rusukan Kecil, Keraman, Burong, Papan dan
Daat;
“Langkawi” ertinya Pulau Langkawi dan semua pulau yang berdampingan dengannya yang terletak lebih hampir dengan Pulau
Langkawi daripada tanah besar;
“Malaysia” ertinya wilayah-wilayah Persekutuan Malaysia, perairan wilayah Malaysia dan dasar laut dan tanih bawah perairan wilayah itu, dan termasuklah mana-mana kawasan yang melangkaui had wilayah perairan Malaysia, dan dasar laut dan tanih bawah mana-mana kawasan sedemikian, yang telah atau mungkin selepas ini ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia sebagai kawasan yang terhadapnya Malaysia mempunyai hak kedaulatan bagi maksud menjelajah dan mengeksploitasi sumber semula jadi, sama ada yang berupa hidupan atau bukan hidupan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“notis elektronik” ertinya apa-apa dokumen yang dihantar oleh pengguna berdaftar dengan cara perkhidmatan elektronik;
“orang berdaftar” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah