Malaysia legislation
Section 30
Seksyen 30
(2)
Ketua Pengarah boleh meluluskan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan jika dia berpuas hati bahawa orang kena cukai itu memenuhi kehendak yang berikut:
(a)
orang kena cukai itu dan kesemua cawangan atau bahagian membuat pembekalan bercukai secara keseluruhan;
(b)
orang kena cukai itu bukan anggota suatu kumpulan di bawah seksyen 27;
(c)
berkemungkinan akan menyebabkan kesulitan sebenar bagi orang kena cukai untuk mengemukakan suatu penyata tunggal berkenaan dengan semua cawangan atau bahagian jika tidak kerana pendaftaran berasingan;
(d)
setiap cawangan atau bahagian mengekalkan suatu akaun yang berasingan berkenaan dengan aktivitinya;
(e)
setiap cawangan atau bahagian boleh dikenal pasti secara berasingan dengan merujuk kepada sifat aktiviti yang dijalankan oleh atau lokasi cawangan atau bahagian itu;
dan
(f)
setiap cawangan atau bahagian mempunyai tempoh bercukai yang sama.
(3)
Ketua Pengarah boleh, pada bila-bila masa melalui notis secara bertulis kepada orang berdaftar, membatalkan pendaftaran yang diluluskan di bawah subseksyen (2) berkenaan dengan mana-mana atau semua cawangan atau bahagian jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
orang berdaftar itu telah gagal untuk mematuhi apa-apa syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (2);
(b)
apa-apa kehendak yang disebut dalam subseksyen (2)
telah terhenti untuk terpakai;
(c)
orang berdaftar itu telah menyediakan apa-apa perisytiharan atau maklumat palsu, mengelirukan atau tidak tepat dalam permohonannya di bawah subseksyen (1); atau
(d)
ia adalah perlu bagi perlindungan hasil.
(4)
Jika Ketua Pengarah membatalkan pendaftaran mengikut subseksyen (3), pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pembatalan itu sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 48 6/19/14 5:54:33 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 49
(5)
Tertakluk kepada subseksyen (6), orang kena cukai boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah bagi mana-mana cawangan atau bahagian yang didaftarkan secara berasingan di bawah subseksyen (2) supaya terhenti didaftarkan sedemikian, dan Ketua Pengarah boleh membatalkan pendaftaran secara berasingan itu berkuat kuasa dari tarikh permohonan itu atau dari apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah.
(6)
Seseorang orang kena cukai yang berdaftar di bawah subseksyen (2) hendaklah terus berdaftar bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada dua tahun atau apa-apa tempoh lain yang lebih pendek sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pengarah.
Wakil diri disifatkan sebagai orang kena cukai