Malaysia legislation

Section 31

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 31

Akta 762

(a)

mati;

(b)

adalah di bawah likuidasi atau penerimaan;

(c)

menjadi bankrap; atau

(d)

menjadi tidak upaya,

Ketua Pengarah boleh menyifatkan mana-mana wakil diri yang menjalankan perniagaan dalam tempoh interim sebagai seorang orang kena cukai dari tarikh wakil diri itu mengambil alih sehingga masa apabila seseorang didaftarkan berkenaan dengan perniagaan itu atau dalam hal ketidakupayaan, sehingga masa ketidakupayaan itu terhenti.

(2)

Apa-apa kehendak untuk membayar cukai ke atas wakil diri yang menjalankan perniagaan yang disebut dalam subseksyen (1)

hendaklah terpakai baginya setakat aset yang dikawal olehnya.

(3)

Wakil diri yang menjalankan perniagaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, dalam tempoh dua puluh satu hari dari dia mula-mula berbuat demikian, memberitahu secara bertulis kepada Ketua Pengarah tentang hakikat itu dan tentang tarikh kematian, likuidasi, penerimaan, kebankrapan atau sifat ketidakupayaan dan tarikh bila ia bermula.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 49 6/19/14 5:54:33 PM

Undang-Undang Malaysia 50

Akta 762

(4)

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, wakil diri yang menjalankan perniagaan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah, sebelum melupuskan apa-apa aset orang kena cukai itu, mengetepikan sejumlah wang daripada aset itu yang ternyata pada Ketua Pengarah sebagai mencukupi untuk membayar apa-apa cukai dan penalti, jika ada, yang atau akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar atau kena dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan yang telah dibekalkan oleh orang kena cukai itu sebelum wakil diri itu disifatkan sebagai seorang orang kena cukai yang menjalankan perniagaan dalam tempoh interim dan wakil diri itu hendaklah membayar cukai dan penalti itu.

(5)

Wakil diri yang menjalankan perniagaan yang disebut dalam subseksyen (1) yang gagal untuk mematuhi subseksyen

(4)

hendaklah bertanggungan sendiri untuk membayar cukai atau penalti itu, yang atau akan selepas itu menjadi genap masa dan kena dibayar atau kena dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(6)

Jika dua wakil diri atau lebih menjalankan perniagaan yang disebut dalam subseksyen (1), obligasi dan tanggungan wakil diri itu hendaklah dihubungkaitkan secara bersesama dan berasingan dengan mereka, tertakluk kepada hak sumbangan antara mereka sebagaimana dalam hal kontrak.

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Pengecualian pendaftaran bagi orang yang membuat atau berniat untuk membuat pembekalan berkadar sifar