Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
(2)
Mana-mana orang berdaftar yang—
(a)
tidak mengeluarkan suatu invois cukai; atau
(b)
mengeluarkan suatu invois cukai yang tidak mengandungi mana-mana butir yang ditetapkan, melakukan suatu kesalahan.
(3)
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, apabila terdapat permintaan secara bertulis dan tertakluk kepada syarat yang difikirkannya patut dikenakan, meluluskan—
(a)
mana-mana satu atau lebih butir yang ditetapkan untuk tidak dikandung dalam suatu invois cukai; atau
(b)
invois cukai untuk tidak dikeluarkan jika dia berpuas hati bahawa tidak wajar bagi orang berdaftar untuk mengeluarkan suatu invois cukai:
Dengan syarat bahawa dalam hal perenggan (a), orang berdaftar itu hendaklah memasukkan nama dan alamat penerima dalam invois cukai atas permintaan penerima.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 51 6/19/14 5:54:33 PM
Undang-Undang Malaysia 52
Akta 762
(4)
Mana-mana orang berdaftar di bawah subseksyen (3) yang mengeluarkan suatu invois cukai yang tidak mengandungi mana-mana butir yang ditetapkan sebagaimana yang diluluskan oleh Ketua
Pengarah di bawah perenggan (3)(a) atau enggan mengeluarkan suatu invois cukai yang mengandungi nama dan alamat penerima atas permintaan penerima melakukan suatu kesalahan.
(5)
Jika seseorang penerima yang ialah seorang orang berdaftar menyediakan dokumen kepada dirinya sendiri iaitu suatu invois bil kediri berkenaan dengan suatu pembekalan barang atau perkhidmatan kepadanya oleh orang berdaftar yang lain, penerima itu boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah bagi invois bil kediri sedemikian dikira sebagai suatu invois cukai jika—
(a)
nilai itu tidak diketahui oleh pembekal pada masa pembekalan dibuat;
(b)
pembekal dan penerima itu kedua-duanya adalah orang berdaftar;
(c)
pembekal dan penerima itu bersetuju secara bertulis kepada suatu invois bil kediri; dan
(d)
pembekal dan penerima itu bersetuju bahawa pembekal itu tidak mengeluarkan suatu invois cukai berkenaan dengan apa-apa pembekalan yang mana seksyen ini terpakai, dan apabila diluluskan, invois bil kediri itu hendaklah mengandungi butir sebagaimana yang ditetapkan dan Ketua Pengarah boleh mengenakan apa-apa syarat yang ditetapkan.
(6)
Mana-mana penerima yang disebut dalam subseksyen (5)
yang—
(a)
mengeluarkan suatu invois bil kediri tanpa kelulusan
Ketua Pengarah;
(b)
mengeluarkan suatu invois bil kediri yang tidak mengandungi mana-mana butir yang ditetapkan; atau
(c)
tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan yang dikenakan ke atasnya, melakukan suatu kesalahan.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 52 6/19/14 5:54:33 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 53
(7)
Dalam hal yang invois bil kediri dikeluarkan sebelum masa yang terpakai di bawah perenggan 11(2)(a) atau (b) atau subseksyen 11(3), invois bil kediri itu hendaklah dikeluarkan dengan pembayaran dan kegagalan berbuat demikian, penerima itu melakukan suatu kesalahan.
(8)
Jika barang yang diperihalkan dalam subseksyen 65(4)
atau subperenggan 5(7) Jadual Pertama dijual secara lelong atau selain secara lelong, pelelong atau orang yang menjual barang itu hendaklah mengeluarkan suatu dokumen yang mengandungi butir-butir cukai yang boleh dikenakan yang ditetapkan dan dokumen yang dikeluarkan kepada pembeli hendaklah dikira sebagai suatu invois cukai yang disediakan oleh orang kena cukai yang disifatkan membekalkan barang itu mengikut subseksyen 65(4)
atau subperenggan 5(7) Jadual Pertama.
(9)
Mana-mana pelelong atau orang yang menjual barang yang disebut dalam subseksyen (8) yang tidak mengeluarkan suatu dokumen atau mengeluarkan dokumen tanpa butir-butir cukai yang boleh dikenakan yang ditetapkan kepada pembeli melakukan suatu kesalahan.
(10)
Tiada invois yang menunjukkan suatu amaun yang berupa sebagai suatu cukai boleh dikeluarkan—
(a)
oleh mana-mana orang—
(i)
atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang bukan suatu pembekalan bercukai;
(ii)
atas apa-apa pembekalan berkadar sifar; atau
(b)
oleh mana-mana orang yang bukan seorang orang berdaftar.
(11)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (10)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan dikenakan penalti dua kali ganda amaun cukai.
(12)
Suatu invois cukai di bawah subseksyen (1) tidak perlu dikeluarkan jika seorang orang berdaftar membuat pembekalan yang berikut:
(a)
pembekalan berkadar sifar; atau
(b)
pembekalan yang dibuat tanpa balasan yang dikenakan cukai.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 53 6/19/14 5:54:33 PM
Undang-Undang Malaysia 54
Akta 762
(13)
Walau apa pun subseksyen (1), tiada invois cukai boleh dikeluarkan bagi—
(a)
apa-apa pembekalan barang terpakai di bawah seksyen 59;
(b)
apa-apa pembekalan perkhidmatan diimport; atau
(c)
apa-apa pembekalan barang yang dirawat atau diproses yang disifatkan telah dibekalkan oleh penerima di bawah seksyen 72.
(14)
Mana-mana orang yang mengeluarkan suatu invois cukai yang melanggar subseksyen (13) melakukan suatu kesalahan.
Pengeluaran invois cukai oleh komputer