Malaysia legislation

Section 36

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 36

Kewajipan untuk menyimpan rekod

(a)

semua rekod barang dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh atau kepada orang kena cukai itu termasuk invois cukai, invois, resit, nota debit, nota kredit dan borang perisytiharan eksport;

(b)

semua rekod pengimportan barang; dan

(c)

apa-apa rekod lain sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah.

(2)

Apa-apa rekod yang disimpan di bawah seksyen ini hendaklah—

(a)

dipelihara bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh terakhir yang berhubungan dengan rekod itu;

(b)

dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris; dan

(c)

disimpan di Malaysia, kecuali jika diluluskan selainnya oleh Ketua Pengarah dan tertakluk kepada syarat yang difikirkannya patut.

(3)

Jika rekod itu adalah dalam bentuk yang boleh dibaca secara elektronik, rekod itu hendaklah disimpan mengikut apa-apa cara yang membolehkan rekod itu menjadi tersedia boleh diakses dan ditukar ke dalam tulisan.

(4)

Jika rekod itu pada asalnya dalam bentuk manual dan kemudiannya ditukar ke dalam bentuk elektronik, rekod itu hendaklah dikekalkan dalam bentuk asalnya sebelum pertukaran itu.

(5)

Suatu salinan rekod itu hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa prosiding ke takat yang bersamaan dengan rekod itu sendiri.

(6)

Seksyen ini hendaklah terpakai bagi mana-mana orang selain orang kena cukai di bawah subseksyen 13(3), seksyen 58, perenggan 65(4)(b), dan subseksyen 65(5) dan 72(5).

Akta 762 Teks 1 BM.indd 55 6/19/14 5:54:33 PM

Undang-Undang Malaysia 56

Akta 762

(7)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Asas pengakaunan