Malaysia legislation
Section 37
Seksyen 37
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang berdaftar dan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan, meluluskan orang berdaftar itu untuk mengakaunkan cukai atas asas pembayaran mengikut cara yang ditetapkan.
(3)
Jika orang berdaftar itu telah diluluskan untuk mengakaunkan cukai atas asas pembayaran di bawah subseksyen (2) dan memilih untuk tidak meneruskan dengan asas pembayaran itu, dia boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk mengakaunkan cukai mengikut subseksyen (1).
(4)
Ketua Pengarah boleh enggan untuk meluluskan permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (2) atau (3) sebagaimana yang difikirkannya patut.
(5)
Ketua Pengarah boleh, melalui notis secara bertulis, membatalkan kelulusan di bawah subseksyen (2) di bawah hal keadaan yang ditetapkan.
(6)
Jika terdapat perubahan dalam asas pengakaunan, orang berdaftar itu hendaklah membuat pelarasan cukai mengikut cara yang ditetapkan.
Kredit bagi cukai input terhadap cukai output