Malaysia legislation

Section 38

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 38

(2)

Bagi maksud apa-apa cukai ke atas suatu pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan kepada seseorang orang kena cukai, apa-apa tambahan kadar rata yang termasuk dalam balasan bagi apa-apa pembekalan yang diperoleh oleh orang berdaftar daripada orang yang diluluskan di bawah seksyen 74 hendaklah dikira sebagai suatu cukai ke atas pembekalan itu.

(3)

Tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), jika—

(a)

tiada cukai output yang kena dibayar pada akhir apa-apa tempoh bercukai; atau

(b)

amaun kredit yang orang kena cukai berhak kepadanya menurut kuasa subseksyen (1) melebihi cukai output, amaun kredit atau amaun kredit yang melebihi cukai output itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibayar balik kepada orang kena cukai itu oleh Ketua Pengarah.

(4)

Keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai input yang genap masa sebagai kredit kepada mana-mana orang kena cukai dalam mana-mana tempoh bercukai boleh dipegang untuk dikreditkan kepada mana-mana tempoh bercukai yang berikutnya atau berturutan dengannya, sama ada atas permohonan secara bertulis orang kena cukai itu sendiri atau atas apa-apa arahan yang diberikan oleh Ketua Pengarah.

(5)

Jika pada akhir mana-mana tempoh bercukai apa-apa amaun adalah kena dibayar di bawah subseksyen (3), Ketua Pengarah boleh menahan pembayaran amaun itu jika—

(a)

orang kena cukai itu tidak memberikan penyata di bawah seksyen 41 atau menyediakan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah;

atau

(b)

Ketua Pengarah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa amaun itu bukan amaun yang kena dibayar kepada orang itu.

(6)

Tiada potongan boleh dibuat di bawah subseksyen (1)

dan tiada apa-apa pembayaran balik boleh dibuat di bawah subseksyen (3), kecuali atas suatu tuntutan yang dibuat mengikut cara yang ditetapkan dan dalam masa yang ditetapkan.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 57 6/19/14 5:54:33 PM

Undang-Undang Malaysia 58

Akta 762

(7)

Jika mana-mana orang kena cukai tidak membuat pembekalan bercukai dalam suatu tempoh bercukai atau mana-mana tempoh bercukai terdahulu, apa-apa pembayaran balik yang hendak dibuat di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah sebagaimana yang difikirkannya patut.

(8)

Tertakluk kepada subseksyen (5) dan (7), apa-apa pembayaran balik yang akan dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam masa yang ditetapkan.

(9)

Kecuali sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh Ketua

Pengarah, jika—

(a)

orang kena cukai tidak membayar pembekalnya balasan atau apa-apa bahagian daripada balasan itu bagi pembekalan apa-apa barang atau perkhidmatan yang dibuat oleh pembekalnya kepada orang kena cukai itu pada akhir tempoh enam bulan selepas tarikh pembekalan itu;

dan

(b)

orang kena cukai itu telah mengkreditkan di bawah subseksyen (1) atau telah dibayar balik di bawah subseksyen (3) cukai input yang berhubungan dengan balasan atau bahagian daripada balasan itu yang tidak dibayar oleh orang kena cukai itu, orang kena cukai itu hendaklah mengakaunkan suatu amaun yang bersamaan dengan cukai input yang hendaklah disifatkan sebagai cukai outputnya.

(10)

Orang kena cukai hendaklah mengakaunkan amaun yang disifatkan sebagai cukai output di bawah subseksyen (9) dalam tempoh bercukai selepas tamatnya tempoh enam bulan itu dan mengikut cara yang dia dikehendaki untuk menggunakan semasa dia pertama kali mengkreditkan cukai input itu dan dia hendaklah membayar semula amaun itu kepada Ketua Pengarah pada masa yang sama sebagaimana apa-apa cukai berkenaan dengan tempoh bercukai yang akan genap masa dan kena dibayar olehnya.

(11)

Jika orang kena cukai—

(a)

telah mematuhi subseksyen (10); dan

(b)

membayar pembekalnya balasan atau apa-apa bahagian daripada balasan itu bagi pembekalan barang atau perkhidmatan yang disebut dalam perenggan (9)(a),

Akta 762 Teks 1 BM.indd 58 6/19/14 5:54:33 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 59

orang kena cukai itu berhak untuk mengira suatu amaun yang bersamaan dengan cukai input yang berhubungan dengan pembayaran yang disebut dalam perenggan (b) seolah-olah amaun itu ialah suatu cukai input bagi tempoh bercukai yang dalamnya pembayaran itu dibuat.

(12)

Keseluruhan atau apa-apa bahagian cukai yang dikenakan ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan atau pengimportan barang, sebagaimana yang ditetapkan, hendaklah dikecualikan daripada apa-apa kredit di bawah seksyen ini.

Amaun cukai input yang dibenarkan