Malaysia legislation

Section 3

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 3

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna mana-mana peruntukan lain dalam Akta ini, yang berikut adalah disifatkan sebagai menjalankan suatu perniagaan:

(a)

kemudahan atau manfaat yang tersedia kepada anggota-anggotanya atau pemilik petaknya, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh sesuatu kelab, persatuan, pertubuhan, perbadanan pengurusan, badan pengurusan bersama atau organisasi (bagi suatu yuran atau balasan lain); dan

Akta 762 Teks 1 BM.indd 19 6/19/14 5:54:31 PM

Undang-Undang Malaysia 20

Akta 762

(b)

penerimaan masuk seseorang ke mana-mana premis bagi suatu balasan.

(3)

Apa-apa yang dilakukan berkaitan dengan permulaan, penamatan atau penamatan yang diniatkan sesuatu perniagaan dikira sebagai telah dilakukan dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaan itu.

(4)

Tertakluk kepada Jadual Kedua, pelupusan apa-apa perniagaan sebagai suatu usaha berterusan, atau aset atau tanggungannya (sama ada berkaitan dengan penstrukturan semula atau penggulungannya atau tidak), ialah suatu pembekalan yang dibuat dalam penjalanan urusan atau penerusan perniagaan itu.

(5)

Jika mana-mana orang, dalam menjalankan apa-apa tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain menerima apa-apa jawatan, apa-apa perkhidmatan yang dibekalkan oleh orang itu sebagai pemegang jawatan hendaklah dikira sebagai dibekalkan dalam penjalanan urusan atau penerusan tred, perdagangan, profesion, pekerjaan atau apa-apa aktiviti serupa yang lain itu.

Pengertian “pembekalan”