Malaysia legislation

Section 40

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 40

(a)

dalam hal jika jumlah nilai bagi semua pembekalan bercukainya dalam tempoh dua belas bulan adalah lima juta ringgit atau lebih, tempoh bercukai pertama hendaklah bermula dari tarikh dia sepatutnya berdaftar di bawah seksyen 21 dan berakhir pada hari terakhir bulan yang dia sepatutnya berdaftar dan tempoh bercukai berikutnya hendaklah suatu tempoh satu bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan bagi mana-mana tahun kalendar; atau

(b)

dalam hal jika jumlah nilai bagi semua pembekalan bercukainya dalam tempoh dua belas bulan adalah kurang daripada lima juta ringgit, tempoh bercukai pertama hendaklah bermula dari tarikh dia sepatutnya berdaftar di bawah seksyen 21 dan berakhir pada hari terakhir tempoh dua bulan mengikuti bulan yang dia sepatutnya berdaftar dan tempoh bercukai berikutnya hendaklah suatu tempoh tiga bulan yang berakhir pada hari terakhir mana-mana bulan bagi mana-mana tahun kalendar.

(2)

Seorang orang kena cukai boleh memohon secara bertulis kepada Ketua Pengarah untuk suatu tempoh bercukai selain tempoh sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).

(3)

Ketua Pengarah boleh, apabila diterimanya apa-apa permohonan di bawah subseksyen (2), membenarkan atau menolak permohonan itu dan jika Ketua Pengarah—

(a)

membenarkan permohonan itu, tempoh bercukai hendaklah tempoh yang dipohon; atau

(b)

menolak permohonan itu, tempoh bercukai hendaklah kekal sebagaimana yang telah ditentukan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa tempoh sebagaimana yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah untuk diarah.

(4)

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, menetapkan semula orang kena cukai itu ke dalam mana-mana tempoh bercukai selain tempoh yang ditetapkan sebelumnya di bawah subseksyen (1) atau diberi di bawah subseksyen (3) atau (5).

Akta 762 Teks 1 BM.indd 60 6/19/14 5:54:33 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 61

(5)

Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh, melalui permohonan bertulis, mengubah tempoh apa-apa tempoh bercukai atau tarikh bermulanya atau berakhirnya apa-apa tempoh bercukai jika difikirkannya perlu dalam hal keadaan apa-apa hal tertentu.

Pengemukaan penyata dan pembayaran cukai