Malaysia legislation
Section 41
Seksyen 41
(2)
Jika tempoh bercukai telah diubah di bawah subseksyen 40(5)
dan walau apa pun subseksyen (1), penyata itu hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada hari terakhir dalam tempoh tiga puluh hari dari berakhirnya tempoh bercukai yang berubah itu.
(3)
Mana-mana orang yang—
(a)
terhenti daripada bertanggungan untuk berdaftar di bawah seksyen 20; atau
(b)
terhenti untuk berdaftar di bawah seksyen 24, hendaklah, tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas terhenti sedemikian atau apa-apa tarikh kemudian sebagaimana yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, mengemukakan suatu penyata yang mengandungi butir-butir yang ditentukan oleh Ketua Pengarah berkenaan dengan bahagian tempoh bercukai yang terakhir itu yang dalamnya orang itu berdaftar.
(4)
Mana-mana orang kena cukai yang dikehendaki untuk mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen ini hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar olehnya berkenaan dengan tempoh bercukai yang berhubungan dengan penyata itu tidak lewat daripada hari terakhir yang dia dikehendaki untuk mengemukakan penyata itu.
(5)
Penyata yang disebut dalam subseksyen (1), (2) dan (3)
hendaklah dikemukakan sama ada terdapat cukai yang kena dibayar atau tidak.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 61 6/19/14 5:54:33 PM
Undang-Undang Malaysia 62
Akta 762
(6)
Mana-mana orang yang gagal mengemukakan penyata sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
(7)
Mana-mana orang yang gagal membayar kepada Ketua
Pengarah amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar di bawah subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengemukaan perisytiharan dan pembayaran cukai oleh orang selain orang kena cukai