Malaysia legislation
Section 43
Seksyen 43
(a)
tidak memohon bagi pendaftaran di bawah seksyen 21;
(b)
tidak mengemukakan suatu penyata di bawah seksyen 41;
atau
(c)
mengemukakan suatu penyata yang ternyata pada Ketua
Pengarah tidak lengkap atau tidak betul,
Ketua Pengarah boleh mentaksirkan mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar oleh orang kena cukai dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis tentang taksiran itu.
(2)
Jika suatu amaun telah dibayar kepada mana-mana orang sebagai pembayaran balik cukai di bawah subseksyen 38(3) dan
Bahagian VII yang sepatutnya tidak dibayar kepadanya, Ketua
Pengarah boleh mentaksirkan amaun itu sebagai cukai yang genap masa dan kena dibayar olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis tentang taksiran itu.
(3)
Taksiran di bawah subseksyen (1) dan (2) tidak boleh dibuat lebih daripada enam tahun dari tarikh yang cukai itu telah genap masa dan kena dibayar atau dari tarikh pembayaran balik itu telah dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, kecuali jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa bentuk fraud atau keingkaran sengaja telah dilakukan oleh atau bagi pihak mana-mana orang berkaitan dengan atau berhubung dengan cukai, Ketua
Pengarah boleh, bagi maksud menampung apa-apa kehilangan cukai atau pembayaran balik cukai yang boleh dikaitkan dengan fraud atau keingkaran sengaja itu, membuat pada bila-bila masa suatu taksiran.
(4)
Jika mana-mana orang kena cukai telah dibekalkan dengan atau telah memperoleh kawalan apa-apa barang atau telah mengimport apa-apa barang dalam perjalanan atau penerusan suatu perniagaan, Ketua Pengarah boleh menghendakinya untuk mengakaunkan barang itu.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 63 6/19/14 5:54:33 PM
Undang-Undang Malaysia 64
Akta 762
(5)
Jika orang kena cukai itu tidak mengakaunkan barang di bawah subseksyen (4) oleh sebab—
(a)
barang itu telah dibekalkan olehnya;
(b)
barang itu telah tersedia untuk dibekalkan olehnya;
(c)
barang itu telah dieksport atau dipindahkan melalui pembekalan; atau
(d)
barang itu telah hilang atau musnah,
Ketua Pengarah boleh mentaksir mengikut pertimbangan terbaiknya amaun cukai yang boleh dikenakan berkenaan dengan pembekalan barang itu jika barang itu telah dibekalkan olehnya dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu secara bertulis orang kena cukai itu tentang taksiran itu.
(6)
Jika—
(a)
Ketua Pengarah telah membuat suatu taksiran di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan perenggan (1)(a) atau (b);
(b)
cukai yang ditaksirkan itu telah dibayar tetapi tiada penyata telah dikemukakan bagi tempoh yang berhubungan dengan taksiran itu; dan
(c)
orang itu tidak mengemukakan suatu penyata bagi apa-apa tempoh bercukai yang berikutnya,
Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, mentaksirkan suatu amaun cukai yang lebih tinggi berbanding dengan amaun yang dia akan pertimbangkan sebagai wajar jika tidak kerana itu.
(7)
Jika ternyata pada Ketua Pengarah bahawa amaun yang sepatutnya telah ditaksirkan dalam suatu taksiran di bawah seksyen ini melebihi amaun yang ditaksirkan sedemikian, dia boleh—
(a)
di bawah peruntukan yang sama sebagaimana yang taksiran itu dibuat; dan
(b)
dalam tempoh yang dalamnya taksiran itu sepatutnya telah dibuat, membuat suatu taksiran tambahan bagi amaun yang terlebih itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis dengan sewajarnya.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 64 6/19/14 5:54:34 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 65
(8)
Jika suatu amaun telah ditaksirkan dan diberitahu kepada mana-mana orang di bawah subseksyen (1), (2), (5) atau (7), amaun itu hendaklah disifatkan sebagai suatu amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar olehnya dan boleh didapatkan dengan sewajarnya dan amaun cukai itu hendaklah dibayar oleh orang itu, sama ada atau tidak orang itu merayu terhadap taksiran itu, kepada Ketua Pengarah melainkan jika atau kecuali setakat yang taksiran itu ditarik balik atau dikurangkan.
(9)
Ketua Pengarah boleh membuat apa-apa pengubahan atau tambahan kepada taksiran yang dibuat di bawah seksyen ini sebagaimana yang difikirkannya patut untuk memastikan betulnya taksiran itu dan hendaklah dengan serta-merta memberitahu orang itu secara bertulis.
Ketua Pengarah boleh tidak mengambil kira atau mengubah perkiraan tertentu