Malaysia legislation
Section 44
Seksyen 44
(a)
mengubah apa yang berlaku atau menangguhkan tarikh genap masa mana-mana cukai yang telah genap masa dan kena dibayar oleh atau yang selainnya telah genap masa dan kena dibayar oleh mana-mana orang;
(b)
melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa tanggungan untuk membayar cukai atau untuk mengemukakan suatu penyata;
(c)
mengurangkan atau mengelakkan apa-apa tanggungan yang dikenakan atau yang akan selainnya dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini;
(d)
memperoleh apa-apa kredit atau pembayaran balik cukai input atau apa-apa pertambahannya bagi mana-mana orang yang jika tidak kerana itu tidak boleh diperoleh;
atau
(e)
menghalang atau mencegah pelaksanaan Akta ini dalam apa-apa hal,
Ketua Pengarah boleh, tanpa menjejaskan apa-apa kesahan perkiraan itu dalam apa-apa hal lain atau bagi apa-apa maksud lain, tidak mengambil kira atau mengubah perkiraan itu dan membuat apa-apa
Akta 762 Teks 1 BM.indd 65 6/19/14 5:54:34 PM
Undang-Undang Malaysia 66
Akta 762
pelarasan yang difikirkannya patut untuk mengatasi apa-apa faedah cukai yang diperoleh atau boleh diperoleh oleh orang itu daripada atau di bawah perkiraan itu.
(2)
Bagi maksud seksyen ini Ketua Pengarah boleh menyifatkan—
(a)
mana-mana orang yang selain orang kena cukai yang menjadi suatu pihak kepada atau telah mengambil bahagian dalam apa-apa perkiraan, sebagai seorang orang kena cukai;
(b)
apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan, sama ada suatu pembekalan bercukai atau tidak, yang tersentuh oleh atau yang merupakan sebahagian daripada apa-apa perkiraan, yang dibuat kepada dan dibuat oleh mana-mana orang kena cukai atau orang yang disifatkan sebagai seorang orang kena cukai di bawah perenggan (a), sebagai suatu pembekalan bercukai;
(c)
apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang, jika tidak kerana apa-apa perkiraan yang tersentuh oleh seksyen ini, yang merupakan tempoh bercukai yang pembekalan itu dibuat, sebagai berlaku dalam apa-apa tempoh bercukai;
(d)
apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan, yang tersentuh oleh atau yang merupakan sebahagian daripada apa-apa perkiraan, telah dibuat, atau balasan bagi pembekalan itu diberikan, pada nilai pasaran terbuka.
(3)
Seksyen ini tidak terpakai bagi apa-apa perkiraan yang dijalankan atas alasan komersial bona fide dan tidak mempunyai sebagai salah satu maksud utamanya pemerolehan apa-apa faedah cukai.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, “faedah cukai” termasuklah—
(a)
apa-apa pengelakan atau pengurangan dalam tanggungan mana-mana orang untuk membayar cukai;
(b)
apa-apa pertambahan dalam kelayakan seseorang untuk suatu kredit atau pembayaran balik cukai input;
(c)
apa-apa pengurangan dalam jumlah balasan yang kena dibayar oleh mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan; atau
(d)
apa-apa penangguhan masa apabila cukai adalah genap masa dan kena dibayar.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 66 6/19/14 5:54:34 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 67
Mengimbangi cukai belum bayar terhadap pembayaran balik