Malaysia legislation

Section 45

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 45

Walau apa pun mana-mana peruntukan Akta ini, jika mana-mana orang tidak membayar keseluruhan atau sebahagian daripada—

(a)

apa-apa amaun cukai yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti, fi atau apa-apa wang lain kena dibayar di bawah Akta ini;

(b)

apa-apa amaun cukai jualan yang genap masa dan kena dibayar, apa-apa surcaj terakru, atau apa-apa penalti atau apa-apa wang lain kena dibayar di bawah Akta Cukai

Jualan 1972 [Akta 64];

(c)

apa-apa amaun cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar, atau apa-apa surcaj terakru, apa-apa penalti atau apa-apa wang lain kena dibayar di bawah

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 [Akta 151]; atau

(d)

apa-apa amaun duti kastam atau duti eksais,

Ketua Pengarah boleh mengimbangkan, terhadap amaun yang masih belum dibayar yang disebut dalam perenggan (a), (b),

(c)

atau (d), apa-apa amaun atau mana-mana bahagian daripada apa-apa amaun yang boleh dibayar balik selain pembayaran balik khas di bawah seksyen 190 kepada orang itu dan Ketua

Pengarah hendaklah mengira amaun yang diimbangkan itu sebagai pembayaran atau sebahagian pembayaran yang diterima daripada orang itu.

Mendapatkan cukai, dsb., sebagai suatu hutang sivil