Malaysia legislation
Section 47
Seksyen 47
Akta 762
(2)
Walau apa pun seksyen 51, Ketua Pengarah boleh menyita atau menjual apa-apa barang kepunyaan orang yang bertanggungan untuk membayar cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain bagi mendapatkan amaun yang genap masa dan kena dibayar di bawah seksyen 43 dan terakru di bawah seksyen 51 atau apa-apa baki tertunggak pada amaun itu.
(3)
Jika cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain atau kekurangan itu, atau pembayaran balik yang kena dibayar semula masih belum dibayar, mengikut mana-mana yang berkenaan, Ketua Pengarah boleh—
(a)
selepas memberikan notis secara bertulis tidak kurang daripada tiga puluh hari kepada pemunya atau ejennya jika nama dan alamat pemunya atau ejen itu diketahui olehnya; atau
(b)
selepas notis sewajarnya dalam Warta jika nama dan alamat pemunya atau ejen itu tidak diketahui olehnya, menjual barang itu.
Akta 762 Teks 1 BM.indd 69 6/19/14 5:54:34 PM
Undang-Undang Malaysia 70
Akta 762
(4)
Hasil penjualan mana-mana barang hendaklah digunakan bagi pembayaran cukai, penalti, surcaj, fi dan wang lain atau kekurangan cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain yang kena dibayar atau pembayaran balik yang dibayar secara terkhilaf atau caj-caj lain yang boleh kena dibayar berkenaan dengan penjualan apa-apa barang itu dan lebihannya, jika ada, hendaklah dibayar kepada pemunya barang itu dan jika pemunya itu tidak dapat dikesan dalam masa satu bulan dari penjualan itu, apa-apa lebihan itu hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan
Persekutuan.
(5)
Jika semasa penjualan mana-mana barang itu tiada tawaran yang mencukupi didapatkan untuk membayar cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain yang kena dibayar atau kekurangan cukai, penalti, surcaj, fi atau wang lain yang kena dibayar atau pembayaran balik yang dibayar secara terkhilaf, mengikut mana-mana yang berkenaan, barang itu hendaklah dilucuthakkan kepada
Kerajaan dan hendaklah dilupuskan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Pengarah.
(6)
Tiap-tiap penjualan lelong di bawah seksyen ini—
(a)
hendaklah dikendalikan oleh atau di hadapan seorang pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan; dan
(b)
boleh dikendalikan secara elektronik mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.
Kuasa untuk memungut cukai, dsb., daripada orang yang berhutang wang kepada orang kena cukai