Malaysia legislation

Section 48

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 48

(a)

mana-mana orang yang ada apa-apa wang yang terhutang atau terakru atau boleh menjadi terhutang dan kena dibayar kepada orang kena cukai itu;

(b)

mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau atas akaun orang kena cukai itu;

Akta 762 Teks 1 BM.indd 70 6/19/14 5:54:34 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 71

(c)

mana-mana orang yang memegang atau yang boleh kemudiannya memegang wang bagi atau atas akaun seseorang yang lain untuk pembayaran kepada orang kena cukai itu; atau

(d)

mana-mana orang yang mempunyai kuasa daripada mana-mana orang lain untuk membayar wang kepada orang kena cukai itu, supaya membayar kepada Ketua Pengarah dengan serta-merta, atau dalam masa yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah, wang yang bukan gaji atau upah yang kena dibayar atau terakru kepada orang kena cukai itu atau sebanyak mana daripadanya yang cukup untuk membayar cukai yang genap masa dan kena dibayar, surcaj yang terakru, atau penalti, fi atau wang lain yang kena dibayar, jika ada, oleh orang kena cukai itu sebagaimana yang disebut terdahulu.

(2)

Semua pembayaran yang dibuat menurut apa-apa notis di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan telah dibuat bagi pihak orang kena cukai itu dan dengan kuasa daripada orang kena cukai itu dan daripada semua orang lain yang berkenaan.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, Ketua Pengarah boleh menghendaki mana-mana orang untuk memberinya maklumat tentang apa-apa wang, dana atau aset yang boleh dipegang oleh orang itu untuk atau bagi apa-apa wang yang genap masa dan kena dibayar olehnya kepada mana-mana orang lain.

Mendapatkan cukai daripada orang yang meninggalkan

Malaysia