Malaysia legislation

Section 49

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 49

(a)

apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar olehnya;

(b)

apa-apa penalti yang kena dibayar di bawah seksyen 21;

(c)

apa-apa surcaj yang terakru di bawah seksyen 51;

(d)

apa-apa fi kena dibayar di bawah seksyen 77, 170 dan 173;

atau

Akta 762 Teks 1 BM.indd 71 6/19/14 5:54:34 PM

Undang-Undang Malaysia 72

Akta 762

(e)

apa-apa wang lain yang boleh didapatkan daripadanya di bawah Akta ini,

Ketua Pengarah boleh mengeluarkan kepada mana-mana Pengarah

Imigresen suatu notis yang mengandungi butir-butir mengenai orang itu dan kesalahan yang dilakukan olehnya dengan permintaan supaya orang itu dihalang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika dan sehingga dia membayar cukai, penalti, surcaj, fi atau apa-apa wang lain itu, atau mengemukakan jaminan yang memuaskan hati Ketua Pengarah bagi pembayarannya.

(2)

Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan imigresen, mana-mana

Pengarah Imigresen yang menerima notis di bawah subseksyen (1)

berkenaan dengan seseorang hendaklah menjalankan segala langkah yang boleh termasuk pemindahan dan penahanan apa-apa perakuan pengenalan, pasport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain berhubungan dengan orang itu sebagaimana yang perlu untuk menguatkuasakan notis itu.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan notis yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) disampaikan secara kediri atau melalui pos berdaftar kepada orang yang dengannya notis itu adalah berhubungan:

Dengan syarat bahawa ketidakterimaan notis itu oleh orang itu tidak boleh menidaksahkan apa-apa yang dilakukan di bawah seksyen ini.

(4)

Jika orang yang berkenaan dengannya suatu notis telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1) mengemukakan pada atau selepas tarikh notis itu suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah yang menyatakan bahawa apa-apa cukai, penalti, surcaj, fi atau apa-apa wang lain yang dinyatakan dalam notis itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, pernyataan itu hendaklah menjadi autoriti yang mencukupi untuk membenarkan orang itu meninggalkan

Malaysia.

(5)

Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri atau mana-mana pegawai awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan dengan sah di bawah seksyen ini.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 72 6/19/14 5:54:34 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 73

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “Pengarah Imigresen” ertinya

Pengarah Imigresen yang dilantik di bawah subseksyen 3(1a)

Akta Imigresen 1959/1963 [Akta 155].

Kuasa untuk menghendaki jaminan

Section 49 — GOODS AND SERVICES TAX ACT 2014 | mylaw.my