Malaysia legislation
Section 53
Seksyen 53
(a)
pengarah syarikat;
(b)
pegawai pematuhan yang dilantik di kalangan rakan kongsi perkongsian liabiliti terhad atau jika tiada pegawai pematuhan dilantik sedemikian, mana-mana rakan kongsi atau semua rakan kongsi;
(c)
rakan kongsi kepada firma; atau
(d)
pegawai atau ahli jawatankuasa pertubuhan atau kumpulan orang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah bersama dengan syarikat, perkongsian liabiliti terhad, firma, pertubuhan atau kumpulan orang yang lain itu bertanggungan secara bersesama dan berasingan bagi cukai, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain itu.
(2)
Berhubung dengan suatu syarikat yang sedang digulungkan, pengarah syarikat itu hendaklah hanya bertanggungan jika aset syarikat itu tidak mencukupi untuk menjelaskan amaun yang terhutang, selepas membayar apa-apa jumlah yang mempunyai keutamaan di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] berhubung dengan penggunaan aset syarikat itu dalam penggulungan itu berbanding dengan cukai, surcaj, penalti, fi atau apa-apa wang lain itu.