Malaysia legislation

Section 56

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 56

(2)

Apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1)

hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.

(3)

Menteri boleh, dalam apa-apa hal tertentu dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut untuk dikenakan—

(a)

melepaskan mana-mana orang atau golongan orang daripada pembayaran keseluruhan atau mana-mana bahagian cukai yang boleh dikenakan dan dilevi ke atas apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan atau apa-apa pengimportan barang atau kelas barang; atau

(b)

melepaskan mana-mana orang kena cukai atau golongan orang kena cukai daripada pengenaan dan pungutan cukai ke atas apa-apa pembekalan bercukai barang atau perkhidmatan.

(4)

Jika seseorang orang kena cukai membekalkan barang atau perkhidmatan kepada seseorang atau suatu golongan orang yang disebut dalam subseksyen (1) atau perenggan (3)(a), orang kena cukai itu hendaklah dilepaskan daripada pengenaan dan pungutan cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas pembekalan itu.

(5)

Jika mana-mana orang yang diberi pelepasan di bawah subseksyen (1) atau perenggan (3)(a) tidak mematuhi syarat yang tertakluk kepadanya pelepasan itu diberikan, apa-apa cukai yang telah menjadi hal perkara pelepasan itu hendaklah menjadi genap masa dan kena dibayar oleh orang itu pada masa syarat itu terhenti dipenuhi.

(6)

Jika seseorang penerima ialah seorang orang kena cukai yang belum membayar cukai atas perolehan atau pengimportan orang kena cukai itu disebabkan oleh—

(a)

pelepasan daripada pembayaran cukai di bawah subseksyen (1) atau perenggan (3)(a); atau

(b)

seorang orang kena cukai lain membuat pembekalan bercukai kepadanya dilepaskan daripada dikenakan cukai di bawah perenggan (3)(b), penerima sedemikian hendaklah disifatkan telah menanggung dan menuntut cukai input atas pembekalan itu.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 76 6/19/14 5:54:34 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 77

Pembayaran balik cukai, dsb., yang terlebih bayar atau terkhilaf bayar

Section 56 — GOODS AND SERVICES TAX ACT 2014 | mylaw.my