Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Akta 762
(2)
Ketua Pengarah boleh mengurangkan atau menolak apa-apa pembayaran balik yang kena dibayar di bawah seksyen ini setakat yang pembayaran balik itu akan dengan tidak patut mengayakan orang yang disebut dalam subseksyen (1).
(3)
Suatu tuntutan di bawah seksyen ini hendaklah disokong oleh apa-apa keterangan yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah.
(4)
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen ini,
Ketua Pengarah tidaklah bertanggungan untuk membayar balik suatu amaun yang dibayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (1) dalam bentuk cukai disebabkan fakta bahawa amaun itu bukan cukai yang genap masa dan kena dibayar kepada orang itu.
(5)
Seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tuntutan pembayaran balik di bawah seksyen 10, 17 dan 18.
Pelepasan hutang lapuk