Malaysia legislation

Section 58

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 58

(a)

orang itu belum menerima apa-apa bayaran atau sebahagian daripada bayaran itu berkenaan dengan pembekalan bercukai itu daripada penghutang enam bulan dari tarikh pembekalan itu atau penghutang itu telah menjadi tidak solven sebelum berakhirnya tempoh enam bulan itu;

dan

Akta 762 Teks 1 BM.indd 77 6/19/14 5:54:34 PM

Undang-Undang Malaysia 78

Akta 762

(b)

usaha yang mencukupi telah dibuat olehnya untuk mendapatkan hutang itu.

(2)

Jika orang yang disebut dalam subseksyen (1)—

(a)

belum menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan pembekalan bercukai itu, orang itu boleh membuat tuntutan bagi keseluruhan cukai yang dibayar itu; atau

(b)

telah menerima sebahagian daripada bayaran berkenaan dengan pembekalan bercukai itu, orang itu boleh membuat tuntutan bagi amaun yang dikira mengikut formula yang berikut:

A1 x C

B iaitu

A1

ialah bayaran yang tidak diterima berkenaan dengan pembekalan bercukai;

B ialah balasan bagi pembekalan bercukai; dan

C ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas pembekalan bercukai.

(3)

Jika suatu pelepasan bagi hutang lapuk telah dibuat oleh

Ketua Pengarah kepada seseorang dan apa-apa bayaran berkenaan dengan pembekalan bercukai yang ke atasnya cukai itu adalah genap masa dan kena dibayar kemudiannya diterima oleh orang itu, orang itu hendaklah membayar semula kepada Ketua Pengarah amaun yang dikira mengikut formula yang berikut:

A2 x C

B iaitu

A2

ialah bayaran yang diterima berkenaan dengan pembekalan bercukai;

B ialah balasan bagi pembekalan bercukai; dan

C ialah cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas pembekalan bercukai.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 78 6/19/14 5:54:35 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 79

Pelepasan barang terpakai