Malaysia legislation
Section 59
Seksyen 59
(a)
tiada cukai boleh dikenakan; atau
(b)
cukai boleh dikenakan mengikut seksyen ini.
(2)
Cukai yang boleh dikenakan ke atas pembekalan barang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dikurangkan ke atas cukai yang dikenakan seolah-olah pembekalan barang yang ditetapkan itu adalah bagi suatu balasan yang bersamaan dengan lebihan X - Y, iaitu
X ialah balasan bagi barang yang dibekalkan; dan
Y ialah balasan bagi barang yang diperoleh, dan jika tiada lebihan, cukai tidaklah dikenakan.
(3)
Seksyen ini hendaklah diperluaskan dalam hal jika pengimportan atau jualan barang terdahulu yang ditetapkan telah dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Jualan 1972.
(4)
Bagi maksud seksyen ini, sebutan mengenai suatu pembekalan barang yang ditetapkan jika tiada cukai dikenakan termasuk sebutan mengenai perkara di bawah perenggan 4 Jadual Kedua.
Mendapatkan cukai, dsb., yang dibayar balik secara terkhilaf