Malaysia legislation

Section 5

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 5

(2)

Tertakluk kepada arahan dan penyeliaan am Ketua Pengarah, seorang pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan hendaklah mempunyai dan menjalankan semua kuasa yang diberikan kepada

Ketua Pengarah di bawah Akta ini selain yang diberikan oleh seksyen 8, 62, 76, 77, 172 dan 173.

(3)

Mana-mana orang selain pegawai kastam boleh dilantik oleh atau diambil kerja dengan persetujuan Ketua Pengarah bagi apa-apa tugas atau perkhidmatan yang berhubungan dengan cukai barang dan perkhidmatan dan orang itu hendaklah disifatkan sebagai pegawai cukai barang dan perkhidmatan.

(4)

Ketua Pengarah boleh, melalui pemberikuasaan secara bertulis, memberi mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang bukan pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan semua atau mana-mana kuasa pegawai kanan cukai barang dan perkhidmatan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi sembilan puluh hari berkenaan dengan mana-mana satu pemberikuasaan.

(5)

Mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan hendaklah mempunyai kewajipan dan kuasa untuk menguatkuasakan dan memastikan pematuhan sewajarnya peruntukan Akta ini.

Pengiktirafan jawatan