Malaysia legislation
Section 63
Seksyen 63
(a)
hilang, rosak atau musnah kerana kemalangan yang tidak dapat dielakkan; atau
(b)
hilang disebabkan oleh kecurian atau penyejatan,
Akta 762 Teks 1 BM.indd 80 6/19/14 5:54:35 PM
Cukai Barang dan Perkhidmatan 81
pada bila-bila masa selepas ketibaan barang yang diimport itu di Malaysia tetapi sebelum pemindahan daripada kawalan kastam,
Ketua Pengarah boleh meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa cukai yang genap masa dan kena dibayar ke atas barang yang diimport itu.
(2)
Selepas pemindahan apa-apa barang daripada kawalan kastam, tiada pengurangan apa-apa cukai yang dikenakan ke atas pengimportan barang itu boleh dibenarkan—
(a)
atas sebab kehilangan atau kerosakan; atau
(b)
atas sebab apa-apa tuntutan bahawa berat, ukuran, isi padu atau nilai sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah bagi maksud menentukan cukai ke atas barang, atau apa-apa faktor lain yang menyentuh barang itu, adalah tidak betul, melainkan jika notis secara bertulis tentang tuntutan itu telah diberikan kepada Ketua Pengarah oleh mana-mana orang yang menuntut pada atau sebelum masa pemindahan itu.