Malaysia legislation

Section 65

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 65

(2)

Jika barang atau perkhidmatan dibekalkan kepada seseorang ejen yang bertindak bagi pihak seseorang prinsipal, pembekalan itu hendaklah disifatkan dibuat kepada prinsipal dan bukan kepada ejen itu.

(3)

Jika barang atau perkhidmatan dibekalkan melalui seseorang ejen yang bertindak atas namanya sendiri, pembekalan itu hendaklah dikira sebagai suatu pembekalan kepada ejen itu dan sebagai suatu pembekalan oleh ejen itu.

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), jika seseorang ejen bertindak atas namanya sendiri sebagai seorang pelelong dan barang itu bukan barang yang diperihalkan di bawah subperenggan 5(7)