Malaysia legislation

Section 6

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 6

(2)

Tidaklah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang yang enggan untuk mematuhi apa-apa permintaan, tuntutan atau perintah yang dibuat oleh mana-mana pegawai cukai barang dan perkhidmatan yang bertindak atau yang berupa sebagai bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan untuk mengisytiharkan jawatannya dan mengemukakan kad kuasa atau lencananya apabila diminta berbuat demikian oleh orang itu.

(3)

Mana-mana orang, yang bukan pegawai cukai barang dan perkhidmatan, yang secara tidak sah di sisi undang-undang memakai, menggunakan, memiliki atau mempamerkan, melainkan semasa suatu pertunjukan pentas atau persembahan teater, apa-apa pakaian seragam, lencana atau kad kuasa yang ditetapkan yang disebut dalam subseksyen (1), atau apa-apa pakaian yang kelihatan seperti atau mempunyai tanda yang tersendiri akan pakaian seragam sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Penjawat awam