Malaysia legislation

Section 8

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 8

Kerahsiaan maklumat

(2)

Tertakluk kepada subseksyen (4), tiap-tiap orang yang mempunyai milikan atau kawalan ke atas apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau salinannya berhubung dengan perniagaan atau nilai pembekalan barang atau perkhidmatan

Akta 762 Teks 1 BM.indd 22 6/19/14 5:54:31 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 23

mana-mana orang kena cukai atau nilai barang yang diimport, yang pada bila-bila masa, melainkan bagi maksud Akta ini atau dengan kuasa nyata Ketua Pengarah—

(a)

menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan maklumat itu atau apa-apa yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya kepada mana-mana orang; atau

(b)

membiarkan atau membenarkan mana-mana orang untuk mempunyai akses kepada apa-apa maklumat itu atau kepada apa-apa yang terkandung dalam dokumen, penyata atau perisytiharan itu atau salinannya, melakukan suatu kesalahan.

(3)

Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa kewajipan rasmi atau yang dilantik atau yang diambil kerja di bawah Akta ini atau yang disebut dalam subseksyen (4) adalah dikehendaki untuk mengemukakan dalam apa-apa perkara atau prosiding dalam mana-mana mahkamah atau tribunal apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan atau untuk mendedahkan atau menyampaikan dalam perkara atau prosiding itu, apa-apa perkara atau benda, yang dibawa kepada pengetahuannya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini, kecuali sebagaimana yang perlu bagi maksud melaksanakan peruntukan Akta ini atau bagi memulakan suatu pendakwaan atau dalam penjalanan suatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah

Akta ini.

(4)

Ketua Pengarah boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1) atau apa-apa yang terkandung dalamnya, kepada Ketua Pengarah Hasil

Dalam Negeri atau Ketua Perangkaan yang boleh dikehendaki dalam melaksanakan kewajipan rasminya.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Menteri boleh, sebagaimana yang difikirkannya patut, membenarkan Ketua Pengarah untuk menghantar atau menyampaikan apa-apa dokumen, maklumat, penyata atau perisytiharan yang disebut dalam subseksyen (1)

atau apa-apa yang terkandung dalamnya kepada mana-mana orang lain.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 23 6/19/14 5:54:31 PM

Undang-Undang Malaysia 24

Akta 762