Malaysia legislation

Section 9

of AKTA CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN 2014

Seksyen 9

(a)

apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat di Malaysia, termasuk apa-apa yang dikira sebagai suatu pembekalan di bawah Akta ini; dan

(b)

apa-apa pengimportan barang ke Malaysia.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subseksyen 13(3) dan 72(5), cukai hendaklah dikenakan ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat di

Malaysia jika ia suatu pembekalan bercukai yang dibuat oleh orang kena cukai dalam penjalanan urusan atau penerusan apa-apa perniagaan yang dijalankan olehnya.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam subseksyen 65(4) dan (5), cukai yang dikenakan ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan ialah tanggungan orang yang membuat bekalan itu dan tertakluk kepada Bahagian V, menjadi genap masa dan kena dibayar pada masa pembekalan.

(4)

Cukai ke atas apa-apa pengimportan barang ke Malaysia hendaklah dikenakan, dilevikan dan kena dibayar seolah-olah ia suatu duti kastam atau duti eksais dan seolah-olah barang yang diimport itu adalah berduti dan boleh dikenakan duti kastam atau duti eksais.

(5)

Jika mana-mana orang berdaftar mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut harga mengikut apa-apa cara harga apa-apa pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat olehnya atau yang dia berniat untuk membuat, harga sedemikian hendaklah termasuk cukai yang boleh dikenakan ke atas pembekalan melainkan jika Ketua Pengarah meluluskan sebaliknya di bawah subseksyen (7).

(6)

Mana-mana orang berdaftar boleh memohon kepada

Ketua Pengarah dalam bentuk dan mengikut cara yang ditentukan oleh Ketua Pengarah untuk dikecualikan daripada mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut harga mengikut apa-apa cara harga itu termasuk cukai yang boleh dikenakan ke atas pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat olehnya atau yang dia berniat untuk membuat.

Akta 762 Teks 1 BM.indd 24 6/19/14 5:54:31 PM

Cukai Barang dan Perkhidmatan 25

(7)

Ketua Pengarah boleh meluluskan secara bertulis suatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen (6) dan jika suatu kelulusan telah diberikan, orang berdaftar itu hendaklah mempamerkan, mengiklankan, menyiarkan atau menyebut harga itu tidak termasuk cukai dengan perkataan “Harga yang kena dibayar adalah tidak termasuk CBP”.

(8)

Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subseksyen (5)

atau (7) melakukan suatu kesalahan.

(9)

Bagi maksud Akta ini, “pembekalan barang atau perkhidmatan yang dibuat di Malaysia” hendaklah dikira sebagai barang atau perkhidmatan yang dibekalkan di Malaysia.

Kadar cukai

Section 9 — GOODS AND SERVICES TAX ACT 2014 | mylaw.my