Malaysia legislation
Section 10
of MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015
Section 10
Dalam melaksanakan fungsinya di bawah seksyen 9, Pentadbir hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:
(a)
untuk menjalankan perniagaan Syarikat yang Ditadbir;
(b)
untuk melakukan semua benda (termasuk melaksanakan kerja) sebagaimana yang perlu untuk menguruskan, merealisasikan dan memelihara harta, usaha dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir;
(c)
untuk melantik mana-mana orang sebagai pengarah mana-mana Syarikat yang Ditadbir, sama ada untuk mengisi kekosongan atau selainnya, dan untuk menyingkirkan atau menggantung mana-mana pengarah Syarikat yang Ditadbir daripada jawatan walau apa pun Memorandum dan Artikel
Persatuan atau mana-mana undang-undang yang lain;
(d)
untuk mengambil milikan harta Syarikat yang Ditadbir dan bagi maksud itu, untuk mengambil apa-apa prosiding yang difikirkannya suai manfaat;
(e)
untuk menjual atau selainnya melupuskan semua atau sebahagian daripada harta, perniagaan, usaha atau harta
Syarikat yang Ditadbir melalui lelongan awam atau kontrak persendirian;
(f)
untuk mendapatkan atau meminjam wang dan mencagarkan harta Syarikat yang Ditadbir bagi pemerdapatan atau peminjaman wang itu;
(g)
untuk melantik seorang peguam cara atau akauntan, atau seorang berkelayakan profesional yang lain untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya;
(h)
untuk membawa atau membela apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang yang lain atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir;
(i)
untuk merujuk kepada suatu timbang tara apa-apa persoalan yang menyentuh Syarikat yang Ditadbir;
(j)
untuk mengambil dan mengekalkan insurans berkenaan dengan harta Syarikat yang Ditadbir;
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
(k)
untuk menggunakan meterai perbadanan Syarikat yang
Ditadbir;
(l)
untuk melakukan semua perbuatan dan untuk menyempurnakan atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir apa-apa surat ikatan, resit atau dokumen lain;
(m)
untuk mengeluarkan, menerima, membuat dan mengendors apa-apa bil pertukaran atau nota janji hutang atas nama dan bagi pihak Syarikat yang Ditadbir;
(n)
untuk mengambil kerja atau memecat pekerja, dan untuk menentukan pampasan yang kena dibayar kepada pekerja yang dipecat itu;
(o)
untuk memindahkan mana-mana harta, perniagaan, tanggungan dan hal ehwal Syarikat yang Ditadbir kepada
Malaysia Airlines Berhad atau mana-mana syarikat subsidiari Malaysia Airlines Berhad;
(p)
untuk membeli syer, harta dan kelengkapan mana-mana syarikat, yang Syarikat yang Ditadbir merupakan pemegang syer yang sedia ada dalamnya, yang membekalkan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya yang penting untuk memastikan perniagaan yang terletak hak atau akan terletak hak pada Malaysia Airlines Berhad menurut Bahagian V diteruskan tanpa gangguan;
(q)
untuk memberikan atau menerima penyerahan balik suatu pajakan atau sewaan harta Syarikat yang Ditadbir, dan untuk mengambil suatu pajakan atau sewaan apa-apa harta yang dikehendaki atau sesuai bagi Syarikat yang
Ditadbir;
(r)
untuk membuat panggilan ke atas mana-mana modal yang belum dipanggil bagi Syarikat yang Ditadbir, mengubah atau mengurangkan semua atau sebahagian daripada modal syer Syarikat yang Ditadbir;
(s)
untuk memberi taraf dan menuntut dalam kebankrapan, ketidaksolvenan atau penyelesaian mana-mana orang yang berhutang dengan Syarikat yang Ditadbir dan untuk menerima dividen, dan untuk menyertai surat ikatan amanah bagi pemiutang mana-mana orang itu;
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 765
(t)
untuk mengemukakan atau membela suatu petisyen untuk penggulungan Syarikat yang Ditadbir;
(u)
untuk menukar lokasi mana-mana pejabat berdaftar Syarikat yang Ditadbir;
(v)
untuk melantik mana-mana ejen untuk membuat apa-apa urusan yang tidak dapat dibuat oleh Pentadbir sendiri atau yang boleh dibuat dengan lebih mudah oleh seorang ejen;
(w)
untuk membuat apa-apa pembayaran yang perlu atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya; dan
(x)
untuk melakukan segala benda lain yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsi Pentadbir.
Kesan pelantikan Pentadbir