Malaysia legislation

Section 19

of MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015

Section 19

(2)

Dalam mengkaji semula cadangan itu, Penasihat Bebas boleh mempertimbangkan—

(a)

kepentingan semua orang yang terjejas oleh cadangan itu, termasuk pemiutang, Syarikat yang Ditadbir dan Malaysia

Airlines Berhad, jika berkenaan, dengan memberikan setiap kategori orang yang terjejas oleh cadangan itu setiap apa-apa pewajaran yang difikirkannya patut;

atau

(b)

apa-apa perkara atau pertimbangan lain yang difikirkan berkaitan atau sesuai oleh Penasihat Bebas di bawah hal keadaan itu.

(3)

Selepas kajian semula itu disiapkan, Penasihat Bebas hendaklah menyediakan suatu laporan mengenai kajian semulanya dan mengemukakan laporan itu kepada Pentadbir dan pelantik.

Keputusan pelantik