Malaysia legislation
Section 21
of MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015
Section 21
Akta 765
(2)
Jika pelantik berpendapat bahawa syarat-syarat itu bukan untuk kepentingan Syarikat yang Ditadbir, pelantik boleh—
(a)
mengarahkan Pentadbir untuk menyemak semula cadangan itu;
(b)
mengarahkan Pentadbir untuk menyediakan suatu cadangan yang baru; atau
(c)
menamatkan pentadbiran Syarikat yang Ditadbir.
(3)
Sebelum cadangan itu dilaksanakan, Pentadbir hendaklah menghantar suatu salinan cadangan itu dan laporan Penasihat Bebas melalui pos berdaftar kepada alamat terakhir yang diketahui atau melalui cara elektronik kepada setiap pemiutang Syarikat yang
Ditadbir yang terjejas oleh cadangan itu dan mana-mana orang lain yang terjejas oleh terma cadangan itu.
(4)
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang atau kontrak, Pentadbir hendaklah mempunyai kuasa untuk melaksanakan dan melakukan segala benda yang perlu untuk menjalankan dan menguatkuasakan dengan sepenuhnya dan berkesan cadangan itu atau mana-mana bahagian cadangan itu tanpa memerlukan
Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran)
23
apa-apa notis atau kelulusan atau persetujuan mana-mana anggota atau pemiutang Syarikat yang Ditadbir atau mana-mana orang lain yang terjejas oleh cadangan itu dan cadangan itu hendaklah mengikat Syarikat yang Ditadbir, pemiutang Syarikat yang Ditadbir dan semua orang yang terjejas oleh terma cadangan itu, termasuk
Malaysia Airlines Berhad, jika berkenaan.
(5)
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang mengenai jaminan—
(a)
pelaksanaan sesuatu cadangan di bawah seksyen ini tidak membebaskan atau melepaskan apa-apa cagaran yang diperuntukkan oleh mana-mana orang untuk menjamin apa-apa kewajipan atau tanggungan yang dipunyai oleh
Syarikat yang Ditadbir kepada mana-mana pemiutangnya;
dan
(b)
setiap cagaran sedemikian dan apa-apa kewajipan atau tanggungan orang yang memberikan cagaran itu hendaklah tetap sah and boleh dikuatkuasakan terhadap orang itu walau apa pun pelaksanaan cadangan itu, atau apa-apa kompromi, perkiraan, pembentukan semula atau penyatuan yang berkaitan dengan Syarikat yang Ditadbir.
(6)
Walau apa pun kegagalan untuk memberitahu mana-mana pemiutang Syarikat yang Ditadbir dan orang yang terjejas oleh terma cadangan itu mengikut kehendak subseksyen (3), kegagalan sedemikian tidak menjejaskan kesahan cadangan itu.
Pemindahan harta atau tanggungan