Malaysia legislation

Section 27

of MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015

Section 27

Rundingan dengan kesatuan sekerja dan persatuan

(a)

mana-mana kesatuan sekerja yang diiktiraf dengan sewajarnya oleh Malaysia Airlines Berhad mengikut

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan

Sekerja 1959; dan

(b)

mana-mana persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia Airlines

Berhad, hendaklah melalui mesyuarat, yang mengenainya notis empat belas hari hendaklah diberikan kepada kesatuan sekerja dan persatuan itu oleh Malaysia Airlines Berhad.

(2)

Sesuatu mesyuarat yang hendak diadakan di bawah subseksyen (1) tidak boleh diteruskan melainkan jika semua kesatuan sekerja dan persatuan diwakili sewajarnya dalam mesyuarat itu.

26

Undang-Undang Malaysia

Akta 765

(3)

Jika selepas setengah jam dari masa yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat, tidak semua daripada kesatuan sekerja dan persatuan diwakili dengan sewajarnya, mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan ke minggu yang berikutnya, pada hari dan masa dan di tempat yang sama tanpa apa-apa notis lanjut.

(4)

Jika mesyuarat itu ditangguhkan ke suatu hari yang merupakan hari kelepasan am, mesyuarat yang ditangguhkan itu hendaklah diadakan semula pada hari bekerja yang berikutnya.

(5)

Apabila mesyuarat yang ditangguhkan itu diadakan semula pada tarikh yang baru, ketidakhadiran oleh mana-mana kesatuan sekerja atau persatuan tidak boleh menghalang mesyuarat itu daripada diteruskan.

(6)

Apa-apa keputusan yang dibuat semasa mesyuarat oleh

Malaysia Airlines Berhad dengan kesatuan sekerja dan persatuan yang hadir pada mesyuarat itu hendaklah sah dan mengikat Malaysia

Airlines Berhad dan semua kesatuan sekerja dan persatuan yang diiktiraf oleh Malaysia Airlines Berhad.

(7)

Dalam sesuatu mesyuarat di bawah seksyen ini, jika kesatuan sekerja dan persatuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perkara bagi perbincangan atau rundingan itu berhubungan semata-mata dengan suatu kesatuan sekerja atau persatuan yang khusus, mesyuarat itu hendaklah dibubarkan dan suatu mesyuarat yang berasingan hendaklah diadakan antara Malaysia Airlines Berhad dengan kesatuan sekerja atau persatuan yang khusus itu.

(8)

Mesyuarat yang berasingan antara Malaysia Airlines Berhad dengan kesatuan sekerja atau persatuan khusus itu tidak boleh membincangkan apa-apa perkara selain perkara yang diputuskan di bawah subseksyen (7).

Perkara yang berhubungan dengan produktiviti atau penggunaan tenaga kerja dengan berkesan