Malaysia legislation

Section 3

of MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD (ADMINISTRATION) ACT 2015

Section 3

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“badan kawal selia” ertinya suatu pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang;

“cadangan” ertinya cadangan di bawah perenggan 17(1)(b);

“hak” ertinya semua hak, kuasa, keistimewaan dan kekebalan, sama ada sebenar, kontingen atau prospektif;

“harta” termasuklah segala harta, alih dan tak alih, dan segala kepentingan, isemen atau hak, sama ada saksama atau di sisi undang-undang mengenai, kepada atau daripada harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

“Malaysia Airlines Berhad” ertinya perbadanan yang disebut dalam seksyen 23;

“Menteri” ertinya Perdana Menteri Malaysia;

“pegawai” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 dan subseksyen 132(6) Akta Syarikat 1965 [Akta 125];

“pelantik” ertinya orang yang melantik seseorang Pentadbir di bawah seksyen 5;

“pemiutang” termasuklah rakan niaga dalam sesuatu perjanjian, kontrak atau perkiraan dengan Syarikat yang Ditadbir;

“Penasihat Bebas” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 18;

“Pentadbir” ertinya orang yang dilantik di bawah seksyen 5;

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 765

“Syarikat” ertinya Malaysian Airline System Berhad;

“syarikat subsidiari yang dinyatakan” ertinya syarikat subsidiari milik separa yang disenaraikan dalam perenggan 4(c);

“Syarikat yang Ditadbir” ertinya Syarikat, syarikat subsidiari milik penuhnya dan syarikat subsidiari yang dinyatakan yang telah diletakkan di bawah pentadbiran di bawah seksyen 4;

“tanggungan” termasuklah hutang, caj dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan sama ada pada masa sekarang atau hadapan, sebenar atau kontingen, dan sama ada kena dibayar atau hendaklah dipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau tempat lain.