Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“cagaran kewangan” ertinya suatu kepentingan atau hak yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian kewangan yang layak;
WJW004137 BM.indd 5 3/6/15 9:07:33 AM
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 766
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
“perjanjian kewangan yang layak” ertinya—
(a)
perjanjian induk, yang mengandungi peruntukan penghasilan bersih, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak, dan jika perjanjian induk adalah juga berkenaan dengan satu atau lebih transaksi yang bukan transaksi kewangan yang layak, perjanjian induk itu hendaklah menjadi perjanjian kewangan yang layak hanya berkenaan dengan transaksi yang adalah transaksi kewangan yang layak;
(b)
apa-apa perjanjian atau perkiraan yang ditetapkan oleh
Menteri sebagai perjanjian kewangan yang layak di bawah perenggan 6(1)(a); atau
(c)
perjanjian yang berhubungan dengan cagaran kewangan yang menjamin pembayaran atau pelaksanaan obligasi, termasuk apa-apa perjanjian yang di bawahnya hakmilik bagi harta telah diperuntukkan bagi maksud jaminan itu, berkenaan dengan satu atau lebih transaksi kewangan yang layak di bawah suatu perjanjian induk yang disebut dalam perenggan (a) atau suatu perjanjian atau perkiraan yang disebut dalam perenggan (b);
“peruntukan penghasilan bersih” ertinya—
(a)
peruntukan dalam perjanjian kewangan yang layak yang memperuntukkan bahawa apabila berlakunya hal yang ditentukan oleh pihak-pihak dalam perjanjian itu, semua obligasi yang terhutang oleh satu pihak kepada pihak yang lain di bawah transaksi kewangan yang layak dikurangkan kepada atau digantikan dengan amaun bersih tunggal mengikut perjanjian kewangan yang layak itu;
atau
(b)
apa-apa mekanisme lain yang berupaya menentukan amaun bersih tunggal yang ditetapkan oleh Menteri sebagai peruntukan penghasilan bersih di bawah perenggan 6(1)(b);
“sekuriti” termasuklah sekuriti yang mengikut Shariah;
WJW004137 BM.indd 6 3/6/15 9:07:33 AM
Penghasilan Bersih Perjanjian Kewangan 7
“transaksi kewangan yang layak” ertinya transaksi yang disebut dalam seksyen 5 dan termasuklah apa-apa transaksi lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai transaksi kewangan yang layak di bawah perenggan 6(1)(c).