Malaysia legislation

Section 3

of AKTA PENGHASILAN BERSIH PERJANJIAN KEWANGAN 2015

Seksyen 3

Walau apa pun peruntukan yang dinyatakan dalam Bahagian I

Jadual, peruntukan penghasilan bersih dalam perjanjian kewangan yang layak berkenaan dengan transaksi kewangan yang layak yang disebut dalam seksyen 5 hendaklah boleh dikuatkuasakan mengikut terma perjanjian kewangan yang layak itu yang boleh melibatkan langkah-langkah yang berikut:

(a)

penamatan transaksi kewangan yang layak yang dibuat di bawah perjanjian kewangan yang layak itu;

(b)

pengiraan nilai penamatan yang terhutang oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi berkenaan dengan setiap transaksi kewangan yang layak di bawah perenggan (a);

dan

(c)

penentuan amaun bersih tunggal bagi nilai penamatan di bawah perenggan (b) yang kena dibayar oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi.

Bentuk cagaran kewangan