Malaysia legislation

Section 13

of *AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015

Seksyen 13

Teknologis dan Juruteknik 17

(a)

jika dia meninggal dunia;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika dia menjadi bankrap;

(d)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(e)

dalam hal Presiden, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri;

(f)

dalam hal seseorang anggota Lembaga selain Presiden, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Presiden;

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(g)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(h)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.