Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 768
“Daftar” ertinya daftar yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 17;
“Juruteknik Berkelayakan” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 22(2);
“Juruteknik Bertauliah” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 22(4);
“kemahiran” ertinya suatu kebolehan yang diperoleh dan diamalkan untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja dengan kompeten;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Teknologis
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 31;
“Lembaga” ertinya Lembaga Teknologis Malaysia yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1);
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab terhadap *Lembaga Teknologis Malaysia;
“orang berdaftar” ertinya Teknologis Profesional, Teknologis
Berijazah, Juruteknik Bertauliah dan Juruteknik Berkelayakan;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Teknologis yang dilantik di bawah subseksyen 18(1);
“perkhidmatan teknikal” dan “perkhidmatan teknologi” ertinya perkhidmatan yang ditentukan oleh Lembaga di bawah seksyen 16;
“Teknologis Berijazah” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 21(2);
“Teknologis Profesional” ertinya seseorang yang didaftarkan di bawah subseksyen 21(4).
*CATATAN—Lihat Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan (No. 3) 2020 [P.U. (A) 201/2020].
Teknologis dan Juruteknik 9