Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(2)
Lembaga adalah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan.
(3)
Lembaga boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya.
(4)
Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Lembaga boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—
(a)
membuat kontrak;
(b)
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih;
(c)
dari semasa ke semasa meminjam atau mendapatkan wang melalui overdraf bank atau selainnya bagi maksud yang dinyatakan dalam perenggan (b); dan 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 768
(d)
memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, memajakkan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik, atau selainnya melupuskan, atau membuat apa-apa urusan dengan, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan yang terletak hak pada Lembaga.
Fungsi Lembaga