Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Lembaga hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
(a)
untuk mengiktiraf Teknologis Profesional dan Juruteknik
Bertauliah sebagai profesional;
(b)
untuk menyimpan dan menyenggara Daftar di bawah seksyen 17;
(c)
untuk menyediakan kemudahan bagi menggalakkan pendidikan dan latihan dan untuk mengadakan atau menyebabkan supaya diadakan, program pembangunan profesional bagi orang berdaftar untuk meningkatkan lagi pengetahuan mereka yang berhubungan dengan profesion mereka;
(d)
untuk menjalankan penilaian atau menyebabkan supaya penilaian dijalankan oleh institusi yang diluluskan oleh
Lembaga bagi maksud penerimaan masuk ke dalam profesion;
(e)
untuk menentukan dan mengawal selia kelakuan dan etika profesion teknologis dan juruteknik; dan
(f)
secara amnya, untuk menjalankan segala tindakan dan melakukan segala benda sebagaimana yang didapati perlu oleh Lembaga untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.
Teknologis dan Juruteknik 11
Kuasa Lembaga