Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh—
(a)
meluluskan atau menolak permohonan bagi pendaftaran di bawah Akta ini atau meluluskan apa-apa permohonan tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan sebagaimana yang difikirkannya patut untuk dikenakan;
(b)
mengenakan fi atau apa-apa caj lain sebagaimana yang difikirkannya patut yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan dalam pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;
(c)
membayar elaun dan perbelanjaan lain anggota Lembaga, majlis dan jawatankuasa;
(d)
mengambil kerja apa-apa bilangan pekerja sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Lembaga atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga bagi melaksanakan maksud Akta ini;
(e)
membayar saraan, elaun dan faedah lain kepada pekerja;
(f)
melantik jawatankuasa yang terdiri daripada orang yang ditentukan oleh Lembaga untuk membantu Lembaga dalam menjalankan fungsinya;
(g)
menubuhkan majlis bagi menilai jaminan kualiti program dalam bidang teknologi;
(h)
melantik mana-mana orang untuk mewakili Lembaga dalam apa-apa jawatankuasa, panel atau institusi yang orang itu kemudiannya membuat syor kepada Lembaga mengenai
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 768
semua perkara yang berhubungan dengan kelayakan bagi penerimaan masuk ke dalam profesion; dan
(i)
membatalkan pendaftaran mana-mana orang berdaftar atau memotong daripada Daftar, atau memasukkan semula ke dalam Daftar, nama mana-mana orang berdaftar.
Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga