Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015

Seksyen 8

(a)

seorang Presiden yang hendaklah merupakan seorang

Teknologis Profesional berdaftar; dan

(b)

tidak lebih daripada lapan belas orang anggota lain yang—

(i)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan awam

Persekutuan;

(ii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada dua orang yang hendaklah merupakan

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;

(iii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam sektor swasta;

(iv)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota organisasi yang mewakili bidang teknologi yang berkaitan dan menggalakkan kemajuan bidang teknologi;

(v)

Teknologis

Profesional berdaftar dalam perkhidmatan institusi pengajian tinggi;

(vi)

Juruteknik

Bertauliah berdaftar dalam perkhidmatan institusi latihan kemahiran; dan 14 Undang-Undang Malaysia AKTA 768

(vii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada tiga orang daripada kalangan lembaga profesional lain yang berkaitan.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), Lembaga yang pertama hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Presiden yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai Teknologis

Profesional berdaftar; dan

(b)

tidak lebih daripada lapan belas orang anggota lain yang—

(i)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan awam

Persekutuan;

(ii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada dua orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam perkhidmatan mana-mana pihak berkuasa tempatan atau pihak berkuasa berkanun;

(iii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Teknologis Profesional atau Juruteknik Bertauliah berdaftar yang bekerja dalam sektor swasta;

(iv)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang anggota organisasi yang mewakili bidang teknologi yang berkaitan dan menggalakkan kemajuan bidang teknologi;

Teknologis dan Juruteknik 15

(v)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Teknologis

Profesional berdaftar dalam perkhidmatan institusi pengajian tinggi;

(vi)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada lima orang yang hendaklah merupakan seorang yang layak untuk didaftarkan sebagai

Juruteknik

Bertauliah berdaftar dalam perkhidmatan institusi latihan kemahiran; dan

(vii)

sekurang-kurangnya seorang tetapi tidak lebih daripada tiga orang daripada kalangan lembaga profesional lain yang berkaitan.

Meterai perbadanan

Section 8 — AKTA TEKNOLOGIS DAN JURUTEKNIK 2015 | mylaw.my