Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Teknologis dan Juruteknik 13
(2)
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Teknologis Malaysia”
bolehlah digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
(3)
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan
Presiden atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah ditentusahkan sama ada oleh Presiden atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Presiden secara bertulis.
(4)
Segala surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan Lembaga dan ditentusahkan dengan sewajarnya hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan telah disempurnakan dengan sah.
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 768
(5)
Apa-apa surat ikatan, dokumen atau surat cara lain yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak dikehendaki supaya dimeteraikan boleh disempurnakan mengikut cara yang serupa oleh seorang anggota
Lembaga atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Presiden bagi pihak Lembaga.
(6)
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Tempoh jawatan