Malaysia legislation

Section 10

of AKTA PENCEGAHAN KEGANASAN 2015

Seksyen 10

(2)

Siasatan yang diadakan di bawah subseksyen (1) hendaklah diadakan dengan cara dan mengikut tatacara yang diarahkan oleh

Lembaga.

(3)

Pegawai Siasatan boleh, bagi maksud mana-mana siasatan di bawah Akta ini—

(a)

mendapatkan dan menerima segala keterangan, dalam apa-apa bentuk dan sama ada keterangan itu boleh diterima atau tidak boleh diterima di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa yang berhubungan dengan keterangan atau tatacara jenayah, yang difikirkannya perlu atau wajar;

(b)

memanggil dan memeriksa saksi atas sumpah atau ikrar, dan boleh bagi maksud itu mengendalikan apa-apa sumpah atau ikrar;

(c)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen atau benda lain yang pada pendapatnya berkaitan dengan siasatan itu;

(d)

jika didapatinya perlu demi kepentingan awam atau untuk melindungi saksi atau keluarganya atau rakannya, menerima keterangan tanpa kehadiran orang yang menjadi subjek siasatan itu;

(e)

memberi apa-apa arahan yang perlu.

(4)

Bagi maksud perenggan (3)(d), jika apa-apa keterangan diterima tanpa kehadiran orang yang menjadi subjek siasatan itu,

Pegawai Siasatan hendaklah memberitahu orang itu mengenai isi keterangan itu, setakat yang didapatinya selaras dengan kepentingan awam atau keperluan untuk melindungi saksi atau keluarganya atau rakannya untuk berbuat sedemikian, dan hendaklah dalam tiap-tiap kes sedemikian memasukkan dalam mana-mana laporan yang dibuat di bawah perenggan 12(2)(a) suatu pernyataan mengenai hal keadaan yang keterangan itu telah diterima.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 769

(5)

Mana-mana orang yang dipanggil sebagai saksi di bawah subseksyen (3) yang tanpa alasan yang munasabah tidak hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam saman itu atau yang, setelah hadir, enggan menjawab mana-mana soalan yang dikemukakan kepadanya dengan sah atau mengemukakan apa-apa dokumen atau benda yang ada dalam kuasanya untuk dikemukakan, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya.

(6)

Orang yang menjadi subjek siasatan itu dan saksi dalam suatu siasatan tidak boleh diwakili oleh peguam bela dan peguam cara dalam siasatan itu kecuali apabila keterangannya sendiri sedang diambil dan direkodkan oleh Pegawai Siasatan.

(7)

Pendakwa Raya boleh hadir dalam sesuatu siasatan untuk membantu Pegawai Siasatan.

(8)

Menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan elaun yang kena dibayar kepada saksi yang dipanggil di bawah subseksyen (3).

Akses oleh Pegawai Siasatan kepada orang tahanan atau banduan