Malaysia legislation

Section 12

of AKTA PENCEGAHAN KEGANASAN 2015

Seksyen 12

(2)

Apabila laporan di bawah subseksyen (1) diterima—

(a)

jika Lembaga bersetuju dengan Pegawai Siasatan bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang menjadi subjek siasatan terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing, Lembaga hendaklah meneruskan tindakan di bawah seksyen 13;

(b)

jika Lembaga bersetuju dengan Pegawai Siasatan bahawa tidak ada alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa orang yang menjadi subjek siasatan terlibat dengan perbuatan melakukan atau menyokong perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing, Lembaga hendaklah dengan segera mengarahkan mana-mana orang yang mempunyai jagaan ke atas orang itu, dalam masa dua puluh empat jam dari penerimaan arahan itu, untuk membawa orang itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, yang hendaklah dengan itu melepaskan perintah reman yang dibuat di bawah seksyen 4 dan, jika tidak ada alasan lain yang berdasarkannya orang itu ditahan dengan sah, hendaklah memerintahkan pelepasannya dengan serta-merta.